Susuk Dara(JSD Chantique)
Stokis JSD area Nilai, Kota Warisan, Sepang, Salak, Salak Tinggi
Bandar Sri Permaisuri, Bandar Tun Razak & Kuala Lumpur

Tuesday, October 20, 2015

Punca Tumit Kaki Merekah & Tips Memilih Produk Yang Sesuai


Tumit kaki merekah & pecah biasanya disebabkan kulit tidak cukup lembab. Kulit pada tumit kaki yang kering boleh menjadi tidak fleksible dan merekah apabila tekanan dari berat badan diletakkan diatas nyer. Kulit yang merekah akan berdarah. Rekahan tumit yang dalam akan menyebabkan bakteria dan virus memasuki badan; akibatnya akan terjadi jangkitan dan penyakit.

Tumit kaki yang merekah memang menyakitkan. Tumit yang merekah juga dikenali sebagai "rekahan tumit". Rekahan tumit ialah luka-luka kecil yang terdapat pada tumit. Penghidap bukan sahaja terganggu disebabkan masalah ini tetapi kaki juga kelihatan hodoh dan memalukan. Jika rekahan itu dalam, kaki akan terasa sakit semasa berjalan. Tumit kaki yang merekah juga boleh berdarah.

Tips memilih produk yang sesuai:-
1) Produk tersebut harus memberi anda kelegaan yang cepat
2) Produk tersebut harus mempunyai 3 pendekatan iaitu mengelupas, melembutkan & hidrat
3) Produk yang mengandungi asid laktik - untuk menanggalkan permukaan sel-sel mati
4) Produk tersebut sepatutnya mengandungi sekurang-kurangya 25% urea - iaitu bahan asas untuk mengekalkan & menghaluskan bahagian luar kulit

(sumber: Majalah Keluarga April 2015)




No comments:

Post a Comment