Susuk Dara(JSD Chantique)
Stokis JSD area Nilai, Kota Warisan, Sepang, Salak, Salak Tinggi
Bandar Sri Permaisuri, Bandar Tun Razak & Kuala Lumpur

Wednesday, November 4, 2015

JEREBU OH JEREBU

Alhamdulillah.. keadaan cuaca di Malaysia kini amatlah memuaskan. Dengan langit yang cerah & panas. Jarak pemandangan semakin baik. Rasanya seperti sudah lama tak merasai keadaan sebegini setelah Malaysia dilanda JEREBU.. JEREBU telah menjadi musim yang telah menempah nama dikalendar Malaysia. JEREBU perlu ditanggani secara effektif dan pembakaran besar-besaran secara terbuka perlulah dihentikan. Para pengusaha dan peladang carilah alternatif lain untuk menyuburkan kawasan ladang anda. Jangan lah berbuat dosa pada alam, kerana musibahnya amatlah tidak tertanggung jasad seorang manusia. Takutlah untuk berbuat salah. Walaubagaimanapun, masih belum terlambat untuk bertaubat. Carilah jalan supaya JEREBU tidak berulang lagi, jangan lah asyik menuding jari dan sekarang bukan lah waktu yang sesuai untuk berdebat mencari kesalahan tapi adalah masa utnuk memperbaiki kesalahan dan kelemahan.

Udara Malaysia nampak nyer bertambah bersih, hanya ucapan Alhamdulillah dan Terima Kasih Allah kerana masih menyayangi rakyat Malaysia khususnya. Langit sudah kembali biru, kepul2 awan semakin menampakkan kepul-kepul nya. Ucapan ku kepada fenomena jerebu, "Please Go Away & Don't Come Back Whatever Day"



No comments:

Post a Comment